Tom Brueggan telah mengembara ke seluruh Houston, Texas untuk menyelamatkan spesies lebah daripada segala macam tempat tanpa perlu membunuh mereka. Dia akan memindahkan lebah-lebah tersebut dengan kaedahnya yang tersendiri ke tempat yang lebih sesuai.
Antara pengalaman menariknya ialah memindahkan lebah dari cerobong asap dan lantai, dan ini adalah kali pertama dia harus mengeluarkan sarang besar dari dalam tayar sebuah traktor.
Ini juga adalah pengalaman pertamanya memotong tayar. Setelah membacanya secara atas talian, Brueggan menggunakan pisau untuk memotong dinding tayar tersebut.
Semasa proses pemotongan tayar dilakukan dia mendapati bahawa terdapat keluli di dinding tayar tesebut, jadi dia memutuskan untuk menggunakan sawzall bagi meneruskan kerja-kerja itu. Dia walau bagaimanapun bernasib baik kerana dapat memotong sekeping ban yang bersesuaian sebelum ianya kehabisan bateri.
Walaupun dengan kehadiran Brueggan, lebah-lebah di situ masih terus aktif bekerja keras di sarangnya.
Brueggan juga mengalami beberapa sengatan lebah di tangannya ketika dia membuka sarung tangannya untuk memastikan sama ada lebah tersebut masih hidup atau tidak.
Dia akhirnya berjaya memindahkan ‘koloni’ lebah secara besar-besaran dengan selamat daripada tayar trak tersebut!





